Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Thursday, January 26, 2006

Kampung Budaya Monsopiad




Hello semua pelawat yang melawat website Pangazou Kadazan Penampang. Salam sejahtera kepada anda semua.......... Biar saya bercerita tentang Pahlawan Kadazan iaitu Monsopiad.......


Kampung Monsopiad ini terletak kira-kira 15KM dari Kota Kinabalu. Kampung Monsopiad ini merupakan satu sumbangan kepada pihak swasta ke arah kemajuan pelancongan di Sabah. Pengusaha kampung ini sedang berusaha keras menjadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi rombongan kepada pelancon-pelancong khususnya dari luar Negara untuk melawat ke Negeri ini khususnya yang melawat di Bandar Kota Kinabalu.

Terletak di Kampung Kuai Kandazon dalam Daerah Penampang, perkampungan ini mencuba mengabadikan kisah lama mengenai seorang Kesatrian Kadazan Bernama Monsopiad sebagai daya tarikan utama di Kampung Kuai Kandazon Penampang.

Menurut cerita orang-orang tempatan/kampung, Monsopiad pada suatu ketika dahulu adalah cucu kepada Ketua Kampung Kuai Kandazon. Sebagai pewaris kepimpinan kampung, Monsopiad dilatih ilmu seni mempertahankan diri sehingga menjadi seorang Pahlawan Satria yang hebat dikampungnya. Akan tetapi Monsopiad lebih gemar bercucuk tanam.

Akan tetapi kampung Monsopiad tidak pernah aman kerana sering dirompak oleh penyamun-penyamun yang datang menyerang setiap kali bila musim menuai padi.

Tabiat Monsopiad yang terlalu gemar menghabiskan masa di sawah mula tidak digemari oleh penduduk kampungnya dan pada suatu hari sekumpulan gadis perempuan mengejek Monsopiad bahawa ia hanya membuang masa sahaja di sawah padi kerana hasil tuaiannya akan dirampas oleh penyamun-penyamun. Mereka mengejek Monsopiad sebagai penakut dan juga pondan. Dari ejekan sekumpulan gadis perempuan di kampungnya itu telah menimbulkan kemarahan Monsopiad.

Monsopiad terus berikrar akan memusnahkan perompak-perompak tersebut. Katanya ia akan memenggal kepala perompak-perompak itu seorang demi seorang dan akan menggantungkan kepala mereka di alang bumbung rumahnya. Kemudian Monsopiad mencabar gadis-gadis perempuan kampungnya yang berani mengejeknya supaya menyambut Pahlawan kampungnya itu. Jika tidak katanya kepala mereka pula akan dipenggalnya. Perempuan-perempuan itu pun tidak yakin dengan apa yang dijanjikan oleh Monsopiad terus sahaja mereka bersetuju.

Dengan itu monsopiad membawa tiga orang pemuda dari kampungnya menjadi saksi. Monsopiad pun pergi mencari sarang perompak-perompak itu pada keesokkan harinya. Lima minggu kemudian , tempat persembunyian perompak-perompak itu telah ditemuinya.

Setelah cabar mencabar berlakulah pertarungan sengit diantara Monsopiad dengan Ketua perompak berkenaan. Akhirnya ketua perompak itu tewas ditangan Monsopiad dan pengikut ketua perompak yang lain cabut lari.

Monsopiad terus memenggal kepala ketua perompak itu untuk diwa pulang sebagai kemenangannya menetang ketua perompak itu. Tiga oarang pemuda yang menyaksikan pertarungan itupun turut bergegas pulang memberitahu penduduk kampung supaya menyambut kepulangan Monsopiad sebagai Pahlawan dikampung itu.

Ketibaan Monsopiad disambut dengan tiupan serunai bambu serta majlis keramaian oleh seluruh kampungnya. Sambutan itu membuat Monsopiad megah dan sesudah itu ia juga memburu saki baki perompak-perompak itu walau dimana sahaja mereka berada. Lama kelamaan, tidak ada lagi perompak yang berani mendekati Kampung Kuai.

Lama kelamaan Monsopiad pun ketagih dengan membunuh dan juga lupa diri. Ia mula mengganggu pendekar-pendekar dari kampung-kampung lain semata-mata untuk beradu tenaga dan juga mengumpul kepala. Akhirnya ramai pendekar-pendekar di kampung lain tews ditanganya. Orang ramai pun tidak tahan lagi dengan tingkah laku Monsopiad dan berpakat untuk menyerang Monsopiad beramai-ramai.

Pada suatu hari sedang Monsopiad berehat dirumah, sekumpulan Pendekar menyerang Monsopiad dengan tiba-tiba. Ternyata serangan beramai-ramai oleh Pendekar itu tidak terlawan oleh Monsopiad seorang diri. Akhirnya Monsopiad tewas. Pada hari Monsopiad tewas, 42 piala-piala kepala perompak dan juga pendekar-pendekar yang tewas ditangan Monsopiad tergantung di alang rumahnya. Walaupun Monsopiad akhirnya menjadi ganas tetapi jasa-jasanya amat mengamankan oleh penduduk kampungnya serta dihargai dan juga dipandang tinggi oleh penduduk Kampung Kuai Kandazon. Koleksi 42 piala-piala kepala itu merupakan Trofi kegagahan Monsopiad yang masih dikekalkan sehinggalah sekarang dan ia masih lagi tergantung di alang rumah Monsopiad yang kini dipanggil " Siou Do Mohoing"


Demikianlah cerita tentang seorang Pahlawan Monsopiad bagaimana ia menentang perompak yang merompak tanam padi di Kampungnya............ Inilah sejarah Monsopiad sehingga sekarang...........Datanglah beramai-ramai untuk melawat "Monsopiad Cultural Village"


(P)&(C) Copyright By Monsopiad Cultural Village

Posted by Katama Ronald :: Thursday, January 26, 2006 :: 2 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------