Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Tuesday, November 08, 2005

Alat-alat penuaian padi






Gambar-gambar diatas adalah cara suku kaum kadazan dusun menuai padi..... Diatas sekali adalah tempat menumbuk padi sehingga menjadi beras..... Cara menumbuk padi ini juga mempunyai cara dimana 1 hingga 5 orang menumbuk padi bergilir-gilir dengan remtak yang berbeza........

Gambar yang kedua itu adalah gambar yang suku kaum kadazan dusun panggil "KIKIZAPAN" untuk mengasingkan padi daripada "TAPO" atau habuk padi selepas di tuai..... Caranya ialah masukkan padi keatas bumbung padi atau tong diatasnya kemudian pusingkan kipasnya dengan laju dan akhir sekali turunkan kekunci secara perlahan untuk memudahkan padi itu jatuh sambil kipas di pusingkan.


Itulah cara-cara kegunaan alat-alat penuaian padi...... Kepada mereka yang belum pernah nampak silalah melawat di rumah kebudayaan iaitu "RUMAH KEBUDAYAAN MONSOPIAD CULTURAL VILLAGE" disana terdapat banyak peninggalan suku kaum kadazan dusun pada zaman dahulu.

Posted by Katama Ronald :: Tuesday, November 08, 2005 ::
---------------oOo---------------