Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Thursday, September 29, 2005

Cerita Pangazou Penampang.

Cerita Pangazou ini sebenarnya adalah cerita pada zaman dahulu. Pangazou ini adalah dikategorikan sebagai penjaga kampung untuk melindungi daripada lanun-lanun pada zaman dahulu yang suka mengacau bilaukan Kampung. Pangazou ini mempunyai banyak kepandaian dalam seni mempertahankan diri. Monsopiad dengan gelaran Pangazou telah banyak berjasa kepada kampungnya dan Gelaran Pangazou itu diberi oleh datuknya. Monsopiad adalah salah seorang Pahlawan yang handal pada zaman dahulu. Monsopiad yang gagah dan berani telah menjadi salah seorang yang boleh dianggap sebagai Penjaga Kampung atau dikenali sebagai Ketua Pangazou di kampungnya. Jika kita lahir pada zaman dahulu mungkin kita pun akan nampak apa akan berlaku dan juga bagaimana kehidupan pada zaman dahulu.

Monsopiada pada masa itu selalu membantu ibu bapa beliau dan juga datuknya mengusahakan sawah meraka. Bila tiba masa utuk menuai padi Monsopiad pun turut membantu semua penduduk kampungnya untuk menuai padi. Dalam masa yang sama lanun-lanun pun datang untuk merompak semua hasil penduduk kampung Monsopiad. Semua penduduk kampung pun takut pada masa itu. Monsopiad pada masa itu juga keluar bersama bapanya untuk memburu. Dalam hutan belantara sambil Monsopiad memburu, Monsopiad dan bapanya terdengar jeritan yang kuat seperti begini" Monsopiad Tuhungo Dagai Doiti Id Kampung" dari suara itu Monsopiad dengan pantas beelari untuk menyelamatkan kampungnya yang telah dikacau oleh lanun-lanun itu. Mosopiad pun terbang untuk menyeberangi sungai dan berjalan di atas bumbung rumah untuk sampai ke tempat lanun-lanun itu. Sampai sahaja Monsopiad ke kampungnya semua lanun itu lari menaiki rakit untuk balik banyak penduduk kampungnya yang mati untuk mempertahankan makanan serta barang-barang merka. Ramai anak-anak gadis zaman itu telah dirogol oleh lanun-lanun itu. Monsopiad pun marah lalu Monsopiad pun marah lalu menyediakan senjata untuk menetang lanun-lanun itu. Sesudah Monsopiad bersiap, Monsopiad terus keluar dan melihat ramai penduduk di kampungnya berlumuran darah dan anak-anak gadis dikampungnya turut dirogol. Monsopiad berjanji depan penduduk kampung untuk menuntut bela terhadap kampungnya yang telah dicerobohi oleh lanun-lanun itu. Sebelum Monsopiad melangkah keluar dari kampungnya dia pun memanggil anak saudaranya dan membawanya untuk pergi mencari lanun-lanun itu. Monsopiad dan anak saudaranya pun terus berjalan keluar dari kampungnya untuk menburu lanun-lanun yang mengacau serta merosakkan harta kampungnya. Monsopiad dan anak saudaranya berjalan begitu jauh merentasi hutan belantara. Dalam perjalanan mereka yang jauh itu tiba-tiba Monsopiad dan anak saudaranya terdengar gelak ketawa yang di dengar dalam hutan itu. Monsopiad cuba mendekati tempat itu ternyata dalam hutan itu mempunyai sebuah pondok rumah berhampiran dengan sungai. Monsopiad dan anak saudaranya pun terus menghampiri rumah pondok itu dan ternyata sekumpulan lanun-lanun itu berada di pondok rumah itu. Anak saudaranya pun berkata " Iti no ngaavi ii minanakau do tanom tuhun kampung om nogi minomiumbak hamin doid kampung tokou". sesudah Monsopiad mendengar kata-kata anak saudaranya itu Monsopiad pun terus "memangkis" dengan kuat lalu lanun-lanun itu terdengar dan terkejut dengan jeritan yang kuat itu. Lanun-lanun itu pun turun dan terus menyerang Monsopiad dan anak buahnya. Seramai 15 lanun-lanun itu menyerang Monsopiad dan anak saudaranya tetapi tumbang juga akhirnya lanun-lanun itu dan Monsopiad telah memenggal kepala-kepala lanun-lanun itu. selepas matahari terbit Monsopiad dan anak saudaranya pulang dengan berlumuran darah di badan mereka itu. Monsopiad dan anak saudaranya pun gembira kerana berjaya menumpaskan semua lanu-lanun itu dan juga Piala-Piala kepala itu diambil dan dibawa pulang ke kampungnya. Sesampai mereka di sebuah bukit berhampiran kampung Monsopiad, Monsopiad terus meniup sejenis bambu yang mengeluarkan bunyi yang kuat di panggil "Nokoikot noh Pangazou". Penduduk kampung pun mendengar tiupan itu lalu mereka memalu gong dan sumazau dengan gembira kerana Monsopiad dan anak saudaranya telah pulang dengan kemenangan. Monsopiad dan anak saudaranya disambut dengan tarian sumazau dan memulakan upacara untuk menyambut kedatangan Monsopiad dan anak saudaranya. Monsopiad pun menggantungkan ke semua kepala-kepala lanun itu untuk dikeringkan dengan pelbagai upacara yang di buat oleh "Bobohizan"................

Begitulah serba sedikit cerita Pangazou.... Cerita ini adalah untuk memberi semangat kepada Pangazou-Pangazou yang banyak mengorbankan serta menjaga kampung kita terutama kawasan Penampang.......

(P)&(C) Katama Pangazou Penampang 2005

Posted by Katama Ronald :: Thursday, September 29, 2005 :: 12 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------

Friday, September 23, 2005

Nama Pangazou

Nama Pangazou sebenarnya adalah dari Pangazou di Penampang yang bergelar seorang Pahlawan untuk menjaga kawasan perkampungan mereka. Pangazou ini juga mempunyai kehebatan sendiri dalam seni mempertahankan diri. Sebagai contoh Pangazou ialah Monsopiad yang terletak di kawasan Penampang tempat saya dilahirkan. Monsopiad ini adalah salah satu yang kita kategorikan sebagai Pangazou Penampang dimana Monsopiad ini juga salah satu Pahlawan Kadazan Dusun demi mempertahankan kampungnya sendiri. Walaupun zaman sekarang kebanyakkan generasi kita yang ke-5 dan seterusnya tidak tahu asl-usul Pangazou Kadazan Dusun tetapi bagi saya dalam generasi ke-5 ini mempunyai serba sedikit cerita Pangazou dan saya bukannya ingin menunjuk atau mereka-reka cerita malah memang benar dan juga generai zaman sekarang dari Generasi yang Pertama iaitu Moyang-Moyang kita dan baru turun ke Generasi ke-2 iaitu Moyang kepada Datuk dan Nenek, Generasi ke-3 barulah Datuk dan Nenek kita turun ke Generasi ke-4 barulah Ibu Bapa kita dan seterunya barulah Generasi ke-5 adlah anak-anak mereka. Saya berasa bertuah dapat hidup dalam bangsa Kadazan Jati kepada masyarakat Kaum Kadazan Dusun. Dalam cerita Pangazou ini juga saya akan menyelitkan dalam bahasa Kadazan Dusun supaya Bahasa ini takkan pupus termasuk cerita Pangazou ini.

(P)&(C) Katama Pangazou Penampang 2005

Posted by Katama Ronald :: Friday, September 23, 2005 :: 1 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------