Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Wednesday, January 04, 2006

Kumpulan penari Pangazou dari Kampung Hungab












Ini adalah gambar yang diambil semasa pertandingan "Memalu Gong dan juga Sumazau" pada 15 Mei 2005 bertempat di Buhavan Square Donggonggon, Penampang. Penari ini berasal dar Kampung Hungab, Penampang dimana Kumpulan ini diberi nama "Pangazou Hungab". Kumpulan Pangazou Hungab ini berjaya menewaskan peserta-peserta lain dan sekaligus menjadi juara di peringkat daerah Penampang. Penari Kumpulan Pangazou Hungab ini juga telah mengikuti Pertandingan Sumazau Peringkat Negeri iaitu Sabah Festival dan menjadi juara keseluruhan kerana gaya tarian sumazau mereka cukup Kreatif kerana dengan gabungan corak sumazau yang dipanggil "Mogondi". Penari ini telah menunjukkan bakat mereka dalam tarian sumazau.

Semua penari ini telah mengharumkan nama Penampang dan bukan itu sahaja tetapi kaum Kadazan Dusun. Penari Pangazou Hungab ini cukup terkenal dengan cara yang diamalkan iaitu "Koubasanan Tokou" atau "Koubasanan Kadazan Dusun". Setiap kali mereka akan dipanggil untuk menari ataupun memalu gong di tempat keramaiyan sepert orang kahwin atau pesta menuai. Inilah dikatakan dalam Bahasa Kadazan iaitu "Tomposizo Koubasanan Tokou".

Marilah kita sama-sama menjaga sejarah bukan suku kaum kadazan dusun sahaja tetapi sejarah seperti Penampang dan lain-lain lagi..........


(P)&(C) Copyright By Katama Pangazou Penampang

Posted by Katama Ronald :: Wednesday, January 04, 2006 :: 0 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------