Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Tuesday, January 03, 2006

Head Gear (Siga)




Ini merupakan gambar "Head Gear" dalam bahasa english atau dalam bahasa kadazandusun "Siga". Head Gear ini dipakai semasa perayaan pesta Kaamatan ataupun perayaan lain. Head Gear ini diperbuat daripada kain untuk membuat Head Gear. Diatas Head Gear di buat dari bulu ayam jantan merupakan lambang kepada Head Gear. Head Gear ini dipakai oleh kaum Wanita yang dipanggil "Bobohizan atau dalam bahasa melayu "Paderi Wanita". Bila tiba Pesta Menuai semua Bobohizan akan bersiap untuk memakai pakaian Tradisional Kadazan serta Head Gear untuk membuat "Ritual" serta "Magavau" bagi mengembalikan semangat Padi.





Ini adalah gambar "Bobohizan" yang memakai "Head Gear". Beliau telah lama meninggal dunia. Beliau ini adalah Ketua "Bobohizan" atau "Paderi Wanita" yang kuat pada zaman beliau di Kampung Kuai, Penampang. Ramai penduduk kampung segan bercerita bersama beliau. Akan tetapi beliau juga ini adalah seoarang bidan kampung dan juga pandai mencari ubat kampung bagi kaum wanita yang bunting serta pandai mengubati penyakit. Inilah gambar Beliau semasa ia masih kuat lagi dan ia adalah generasi dari Monsopiad lagi.Ini adalah salah satu daripada pemakaian tradisional yang complete dari atas hingga kebawah. Sehingga sekarang Pedang serta Head Gear beliau itu masih lagi disimpan sehingga sekarang.

Posted by Katama Ronald :: Tuesday, January 03, 2006 :: 0 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------