Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Friday, September 23, 2005

Nama Pangazou

Nama Pangazou sebenarnya adalah dari Pangazou di Penampang yang bergelar seorang Pahlawan untuk menjaga kawasan perkampungan mereka. Pangazou ini juga mempunyai kehebatan sendiri dalam seni mempertahankan diri. Sebagai contoh Pangazou ialah Monsopiad yang terletak di kawasan Penampang tempat saya dilahirkan. Monsopiad ini adalah salah satu yang kita kategorikan sebagai Pangazou Penampang dimana Monsopiad ini juga salah satu Pahlawan Kadazan Dusun demi mempertahankan kampungnya sendiri. Walaupun zaman sekarang kebanyakkan generasi kita yang ke-5 dan seterusnya tidak tahu asl-usul Pangazou Kadazan Dusun tetapi bagi saya dalam generasi ke-5 ini mempunyai serba sedikit cerita Pangazou dan saya bukannya ingin menunjuk atau mereka-reka cerita malah memang benar dan juga generai zaman sekarang dari Generasi yang Pertama iaitu Moyang-Moyang kita dan baru turun ke Generasi ke-2 iaitu Moyang kepada Datuk dan Nenek, Generasi ke-3 barulah Datuk dan Nenek kita turun ke Generasi ke-4 barulah Ibu Bapa kita dan seterunya barulah Generasi ke-5 adlah anak-anak mereka. Saya berasa bertuah dapat hidup dalam bangsa Kadazan Jati kepada masyarakat Kaum Kadazan Dusun. Dalam cerita Pangazou ini juga saya akan menyelitkan dalam bahasa Kadazan Dusun supaya Bahasa ini takkan pupus termasuk cerita Pangazou ini.

(P)&(C) Katama Pangazou Penampang 2005

Posted by Katama Ronald :: Friday, September 23, 2005 :: 1 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------