Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan |
|
. : About me : .
. : Recent Posts : .
Bendera Dan Lambang Negeri Sabah . : ContacT Me : . . : Archives : .
September 2005 . : Credits : .
Template By Caz . : IndexS : .
|
. : FriendS LinK : .
+ T-Rex
+ MrBadak
+ Ciaoflocy . : FriendsteR LinK : .
+ Katama Profiles . : GrouP MembeR : . + KADUS + KADUS MUSIC + DBos-FM + Yan . : KadazaN DusuN SitE : .
+ Sabah . : EntertainmenT SitE : .
+ ATAMA . : OfficiaL ArtisT SitE : .
+ Stacy Anam . : OfficiaL SitE : .
+ SR.COM . : ChristiaN SitE : .
+ Anak Domba . : BloggeR SitE : .
+ Blogger . : StatioN RadiO SitE : .
+ X-Fresh FM . : AntiviruS SitE : .
+ Adware . : MoviE SectioN : . |
|
Monday, March 06, 2006Sejarah Ringkas PenampangPenampang adalah sebuah daerah yang berhampiran dengan Ibukota Negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Keadaan mukabuminya di penuhi oleh bukit-bukau, paya-paya dan kayu dengan kecantikan yang semula jadi. Luas kawasannya lebih kurang 700 batu persegi dan pada hari ini penduduknya berjumlah 27,000 orang. Sebahagian besar daripada ini penduduknya adalah terdiri daripada orang Kadazan. Disamping itu terdapatjuga suku kaum yang lain seperti Bajau, Brunei, dan China. Pada masa pemerintahan British dan sebelumnya orang-orang Kadazan ini di panggil orang-orang Dusun tetapi pada hari ini mereka lebih suka dipanggil sebagai orang Kadazan. Orang-orang Kadazan ini juga adalah terbahagi kepada beberapa puak yang kecil dan kebanyakkan daripada mereka ini tinggal di kawasan Pantai Barat Sabah. Puak-puak orang Kadazan ini seperti Tengara, Taghas, Suang Lotud, Idaan, Tegal, Timogan, Bululupi, Sudayoh, Tambunan, Peluan, Rungus, Tobilung, Panansawal, Sungai, Kwijau, dan Bundu. Mereka dapat dikenali dari satu daerah dengan satu daerah yang lain melalui loghat pertuturan bahasa dan pakaian kebudayaan mereka yang berlainan sedikit. Mereka yang tinggal didaerah Tuaran dikenali sebagai Suang Lotud, didaerah Papar dan Penampang dikenali sebagai Kadazan. Mereka yang tinggal didaerah Tambunan dan Ranau dikenali sebagai Taghas, didaerah Keningau pula dikenali sebagai Kwijau. Didaerah Kuala Penyu dikenali Bundu, dikawasan Labuk Sandakan dikenali sebagai Idaan, Didaerah Kudat pula dikenali sebagai Rungus dan didaerah Sipitang dikenali sebagai Sundayoh. Suku kaum Kadazan ini juga adalah merupakan jumlah penduduk yang teramai sekali di Sabah disamping bangsa-bangsa yang lain. Pada masa dahulu pusat Pentadbiran bagi Daerah Penampang ini ialah Putatan. Putatan adalah berasal daripada perkataan 'Putat' iaitu sejenis pokok yang boleh dimakan buahnya. Buah putat ini juga boleh dibuat ulam ketika makan nasi. Pada tahun 1925 pusat pentadbiran ini telah ditukarkan ke Kasigui. Ini disebabkan disekitar Kasigui pada masa itu telah mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan mereka ini memerlukan pentadbiran. Di samping itu juga terdapat jalan-jalan perhubungan dikawasan ini. Pada masa yang lalu Penampang ditadbirkan oleh Penghulu Mogunting, kemudian ditadbirkan oleh O.K.K Jalunga. Seterusnya ia ditadbirkan oleh Dapil. Setelah Dapil meninggal dunia ia diganti oleh orang lain. Untuk menjadi seorang penghulu pada masa itu ialah ia mestilah mempunyai sifat-sifat yang tertentu. Kewajipan atau peranan Ketua Kampung pula amat berbeza dengan Pentadbiran atasan seperti Ketua Anak Negeri. Dalam masyarakat Kadazan pada masa dahulu ia tidak mempunyai undang-undang yang bertulis dan yang mesti diikuti apabila menjalankan hukuman. Ia hanya akan berdasarkan kepada Adat-Adat kaumnya sendiri. Seorang Ketua Kampung itu mestilah bersifat jujur dan adil. Jika sekiranya dia seorang yang pembohong, nama baiknya akan luntur dan dia tidak akan dihormati lagi. Pada masa dahulu apabila seorang hendak menjadi Ketua, ia mestilah mempunyai kelebihan luar biasa didalam pikiran dan kecerdasannya. Ia mestilah mempunyai ilmu-ilmu zahir dan batin seperti ilmu kebal dan mempunyai kekuatan luar biasa. Ini adalah penting kepadanya untuk memimpin suku bangsanya. Pada masa 100 - 200 tahun dahulu didaerah Penampang sering kali berlaku pergaduhan. Ini selalunya disebabkan oleh perselisihan faham mengenai sempadan tanah. Pada masa itu tidak ada batu-batu sempadan atau tanda-tanda yang menentukan sempadan bagi satu-satu kawasan tanah. Apabila mereka berasa tidak puas hati mengenai sempadan tanah mereka maka terjadilah pergaduhan sesama mereka. Kesalahan membunuh dalam masyarakat Kadazan pada masa dahulu akan dihukum rotan atau dilontar dengan batu tetapi sekarang perkara seumpama ini telah diserahkan kepada pihak berkenaan. Kesalahan yang tidak berat hanya dikenakan denda sahaja dan bagi kesalahan-kesalahan yang terlampau serius mereka akan dibuang daerah. Cara menjalankan hukuman ini sangatlah teratur kerana dalam perbicaraannya didapati saksi-saksi dan perbicaraan itu dijalankan dengan teliti sekali. Pada masa dahulu soal memotong kepala amatlah istimewa. Sesebuah kampung itu dipandang sebagai satu kumpulan yang bersaudara-mara dan menjaga keamanan kampung itu adalah digalakkan tetapi kadang kala berlaku juga peperangan. Peperangan ini berlaku disebabkan seorang dari sebuah kampung melakukan kesalahan terhadap orang dari kampung yang lain hingga menyakitkan hatinya atau sering berpunca dari perkara-perkara zina, mencuri dan sebagainya. Kumpulan orang yang biasa melakukan serangan ini berjumlah 20 hingga 30 orang dengan bersenjatakan kayu, sumpitan, dan pedang yang digunakan khas untuk peperangan. Selalunya serangan-serangan ini dilancarkan pada malam hari. Mereka akan bertindak terhadap orang-orang berkenaan dengan menikamnya dari bawah rumah ketika orang-orang itu sedang tidur. Setelah serangan itu berlaku si penyerang akan membawa balik tangan atau kepala mangsanya dan juga wanita-wanita akan dibawa balik sebagai tebusan. Akibatnya kumpulan yang diserang akan diserang berterusan sekiranya tidak diadakan perdamaian. Kumpulan yang balik dari pertempuran itu akan menggantungkan kepala-kepala dan tangan-tangan mangsanya di pokok-pokok yang rendah. Upacara menyambut kepulangan kumpulan tadi akan diadakan dengan menyanyikan lagu-lagu kemenangan oleh wanita-wanita (Bobohizan) serta memukul gendang. Kepala-kepala serta tangan-tangan yang digantung itu akan dibiarkan sahaj hingga buruk dan setelah itu ia akan disimpan di sebuah rumah khas. Kadang-kadang daging simati itu dimakan sebagai tanda kemenangan. Jika dibandingkan dengan suku kaum atau bangsa yang lain adat istiadat orang Kadzan ini adalah lebih kompliks dan menarik. Susunan sosial juga lebih kompliks dari suku kaum yang lain. Kebudayaan. Kebudayaan mereka adalah dipenuhi kepercayaan keugamaan dan susunan sosialnya. Mereka masih berpegang kuat kepada adat istiadat walaupun ramai diantara mereka yang tinggal di Penampang ini telah memeluk agama Kristian. Mengikut Pendapat mereka, jika seseorang itu mempunyai banyak kepala itu menunjukkan yang mereka adalah gagah. Mengikut kepercayaan mereka kepala-kepala itu akan menolong mereka. Sekiranya mereka sakit kepala-kepala itu akan boleh menolong mereka menyembuhkan penyakit mereka alami. Disamping itu itu juga sekiranya mereka menyimpan banyak banyak kepala mereka percaya yang mereka akan jarang-jarang diserang penyakit dan juga boleh menjadi kaya. Sesetengah daripada mereka itu juga memakan hati dan kepala mangsanya yang telah dibunuh. Hati dan kepala itu ditumbuk bercampur dengan beras dan kunyit. Sesiapa boleh makan banyak campuran tersebut ia akan menjadi seorang yang kuat dan panjang umur. Kadang kala terdapat orang yang tidak tahan dantermuntah apabila memakan campuran tersebut. Orang yang termuntah ini dipercayai akan pendek umur. Pada masa pemerintahan British kepala-kepala tersebut telah dikumpulkan dan dihantar kepada padri-padri untuk dibakar. Inggeris telah mengembangkan Agama Kristian Roman Katolik dan mendirikan gereja-gereja. Usaha orang-orang Inggeris itu telah berjaya kerana ramai diantara penduduk-penduduk di Penampang memeluk Agama Kristian. Orang-orang Britsh telah melantik penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Disamping itu terdapat seorang Datuk Temenggung yang bertempat di Putatan. Apabila seorang menjadi penghulu ia akan menjadi Datuk. dia mestilah berilmu, berpengalaman dan kebal. Pada masa tersebut orang-orang Kadazan ini tinggal bertaburan ditanah-tanah rata dan dibukit-bukit. Di tanah rata mereka bersawah padi dan dibukit pula mereka bertanam padi huma. Disamping itu juga mereka menanam sagu, menternak ayam, babi dan kerbau. Mereka menanam padi adalah untuk kegunaan mereka setiap hari sahaja. Walaupun demikian ada diantara mereka yang boleh mendapat hingga 5,000 gantang dalam setahun. British Penampang Pekan Kasigui adalah merupakan sebuah pekan kecil dan menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Penampang. Pada masa 20 tahun yang lalu di pekan ini hanya didapati 3 buah kedai sahaja yang kecil untuk penduduk-penduduk dikawasan ini untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Pada masa itu jalan perhubungan agak menyedihkan. Pada tahun 1925 Pejabat Daerah telah didirikan untuk mentdbirkan kawasan tersebut. Pada hari ini Pekan Kasigui itu telah jauh berubah. Kini ia merupakan sebuah pekan yang agak baik dan jalan-jalan perhubungannya juga telah baik. Perhubungannya dengan Ibukota Sabah, Kota Kinabalu juga mudah dilakukan. Pada hari ini Kasigui mempunyai beberapa buah kedai papan yang lengkap dengan barang-barang jualannya. Disamping itu juga kini terdapat sebuah pasar untuk membeli ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain keperluan. Penampang Ketika Pemerintahan Jepun Jepun telah datang ke Sabah melalui Labuan Pada 1hb Januari 1942 lalu ke Weston dan menduduki Beaufort pada 3hb Januari 1942 dan kemudiannya mereka terus ke Kota Kinabalu yang ketika itu dikenali sebagai Jesselton atau sebelumnya dikenali sebagai Api-Api. Dari Jesselton orang-orang Jepun telah pergi ke Penampang. Setibanya di Penampang mereka telah menghimpunkan orang-orang kampung, melantik Ketua-Ketua dan menyuruh taat kepada mereka. Pada mulanya mereka menukar barang-barang yang mereka ada dengan binatang-binatang ternakan dan barang-barang makanan tetapi kemudiannya mereka telah bermaharajalela dengan ganasnya. Mereka merampas apa sahaja yang mereka kehendaki dan mentadbir dengan zalim. Ini menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Mereka hidup dalam serba kekurangan, penderitaan, kucar-kacir dan ramai diantara mereka yang telah dibunuh disebabkan mereka menentang pemerintahan Jepun. (P)&(C) Copyright by Rezhuan B. Mohd Senang / Copyright by Perpustakaan Negeri Sabah
|