Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Friday, October 14, 2005

Rumah Padi




Ini adalah Rumah Padi dimana rumah ini adalah untuk menyimpan padi yang baru di tuai. Rumah Padi ini juga mempunyai khas untuk menyimpan padi yang di kenali sebagai "Tangkob". Kegunaan tangkob ini untuk menyimpan padi sehingga penuh. Kalau di lihat pada zaman dahulu orangkampung sangat aktif bila tiba musim menuai padi. Bila padi ini sudah dituai, semua hasil tuaian akan di masukkan kedalam tangkob sehingga penuh. Tangkob ini juga tempat penduduk kampung mengambil padi untuk dijadikan beras. Tetapi zaman sekarang makin lama makin pupus sudah tempat menyimpan padi dan juga kurang sudah penduduk kampung untuk menanam padi kerana banyak sawah telah di timbun tanah untuk membuat rumah serta jalan raya seperti kita lihat sekarang di bahagian Penampang. kebanyakkan sawah terbiar kerana tidak ada sudah yang ingin membajak sawah terutama kaum muda mudi. Peristiwa begini telah berlaku sehingga sekarang dan ramai pemuda zaman sekarang tak ambil peduli dan bila ditanya soalan "adakah anda pandai menanam padi serta menuai padi" semua jawab tak tahu......... Inilah dikatakan zaman sudah menjadi moden dan tak payah turun ke sawah untuk membajak atau pun menuai padi semuanya makan beras supermarket...... Tangkob ini juga sudah hilang di depan mata kita semua kerana tak ada lagi yang mahu membajak sawah serta hasil tuaian pun tak ada.............

Posted by Katama Ronald :: Friday, October 14, 2005 :: 1 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------

Wednesday, October 12, 2005

Rumah Musik Traditional




Ini adalah Rumah Istirehat di mana semua remaja akan duduk untuk beristirehat
selepas membantu ibubapa mereka berkerja. Disinlah tempat mereka belajar bermain alat music. Setiap hari mereka akan berehat sambil bermain music traditional. Rumah ini sampai sekarang masih lagi dibina dan juga tujuan rumah ini adalah supaya keturunan kadazan dusun takkan pupus...

Sehingga sekarang kita masih lagi mendengar music traditional ini seperti Pesta Kaamatan, Hari Perkahwinan dan Keramaian seperti hari jadi, menyambut kepulangan seseorang dan sebagainya. Inilah kegunaannya pondok seperti diatas untuk belajar cara-cara bermain alat traditional. Saya berharap semua ini takkan pupus sehingga ke akhir hayat. Jika traditional musik ini pupus maka pupus jugalah keturunan kaum kadazan dusun kita semua........

Music ini juga selalu kita gunakan bukan sahaja pada hari keramaian tetapi untuk orang yang meninggal dunia tetapi tiun musiknya berbeza yang dipanggil "Dunsai". Dalam kaum kadazan mempunyai tiga rentak musik iaitu "Sumazau Musik", "Bahtibas" yg digunakan untuk mereka yang pandai bersilat atau kuntau juga digunakan untuk orang yang telah pergi, dan juga "Dunsai" bagi orang yang baru meninggal sampailah selamat di kebumikan. Itulah tiga music berlainan bagi suku kaum kadazan dusun.

Posted by Katama Ronald :: Wednesday, October 12, 2005 :: 0 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------

Saturday, October 01, 2005

Rumah Pangazou Zaman Dahulu




Ini adalah rumah pada zaman dahulu dimana rumah ini diperbuat daripada kayu seperti berikut:

1. Tiang Rumah - Pokok Nibung yang mempunyai banyak duri yang tajam.
2. Dinding Rumah - Pokok bambu atau pun kumba daripada pokok sagu
3. Atap Rumah - Di perbuat daripada daun rumbia atau daun mengkuang
4. Lantai Rumah - Dibuat dari pokok bambu dibelah ataupun pokok nibung.


Inilah serba sedikit cara-cara orang zaman dahulu membuat rumah dan mungkin rumah sebegini kita tak nampak sudah sebab semua rumah di buat daripada bata semuanya.

(P)&(C) Katama Pangazou Penampang 2005

Posted by Katama Ronald :: Saturday, October 01, 2005 :: 1 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------