Pangazou Production & Entertainment - Opunso Tinau Atagak Kointutunan Om Koubasanan


Pangazou Penampang adalah Pangazou yang bergelar Pahlawan yang berani untuk mempertahankan kampungnya di Penampang daripada diserang lanun-lanun pada zaman dahulu. Dan tujuan saya untuk membuat blog ini bukanlah mencuri idea orang tetapi untuk menyimpan sejarah-sejarah ini dan juga bersama-sama untuk menaikkan semangat Orang Kadazan Dusun terutama dibahagian Penampang yang bergelar sebagai Pangazou Penampang seperti Monsopiad dan lain-lain Pahlawan Kadzan Dusun Di Penampang.

Monday, December 05, 2005

42 Piala-Piala Kepala Hasil Pemburuan Monsopiad




Ini adalah Rumah yang di panggil "Siou Do Mohoing" yang bermaksud "Meminta Maaf Kepada Moyang" dan juga disinilah tersimpannya 42 Piala-Piala Kepala hasil buruan juga kemenangan Monsopiad. Semua 42 Piala-Piala Kepala itu disimpan di rumah ini. Dan rumah ini selalu digunakan untuk menjalankan Upacara-Upacara yang dijalankan seperti Magavau. Tempat ini kalau nampak memang menyeramkan tetapi sebenarnya tidak sebab ke semua 42 Roh piala-Piala Kepala yang digantungkan adalah untuk menjaga Rumah ini.












Ini adalah 42 Piala-Piala Kepala hasil pemburuan Monsopiad pada zaman dahulu. Piala-Piala Kepala ini masih ada lagi hingga kini kerana Monsopiad adalah Pahlawan Kadazandusun yang palin Handal kerana mempunyai 42 Piala-Piala Kepala hasil buruan Monsopiad.

Piala-Piala kepala ini disimpan dengan baik bagi menghormati roh-roh kepala ini. Walaupun Monsopiad ini dikatakan kebal dan mempunyai kebolehan dalam permainan pedang serta mempertahankan diri tetapi Monsopiad tak suka berlagak atau ingin menunjuk-nunjukkan kebolehannya kepada orang kampung... Monsopiad sebenarnya adalah seorang yang di segani dikampungnya. monsopiad telah memberi kemenangan besar terhadap kampungnya dimana Monsopiad berjaya menewaskan musuhnya dan juga berjaya membawa Piala-Piala Kepala. Sampailah sekarang Nama Monsopiad masih lagi dikenang sehingga hari ini. Monsopiad hingga kini telah menjadi tempat Pelancongan Rumah Tradisional di Kampung Kuai Kandazon Penampang. Ramai Pelancong datang untuk melihat 42 Piala-Piala Kepala hasil buruan Monsopiad.

Posted by Katama Ronald :: Monday, December 05, 2005 :: 2 comments

Post a Comment

---------------oOo---------------